Dalam post kali ni aku nak review satu movie yang aku baru tengok minggu lepas. Sebenarnya lepas tengok movie tu aku rasa excited sangat nak post kat blog ni, tapi disebabkan aku busy gile2 aa sampai kena tangguh ke hari ni...
BTW, this is the movie...
Cerita ni dah lama keluar kot, tapi tak ramai tahu. Tak silap aku 15 Ogos 2014...
Yee aku tahu, laki tu Daniel Radcliffe, yang berlakon cerita 8 movie HarryPotter tu. (He's trying his best to get out from that wizard-like character by the way)
Perempuan tu? Zoe Kazan, dia ada berlakon cerita The Pretty One and yg terbaru, In Your Eyes. Bagi aku, dia adalah ciptaan Tuhan paling amazing pernah aku tengok dude... Hhahahaha =_=
Cerita dia basically pasal friendzone. Yes, FRIENDZONE. Bila aku reccomend cerita ni kat kawan2 pompuan aku, semua kata, "Bagus zul, ko memang patut tengok cerita macam ni", -_-. Some of them ingat aku nak sedarkan diorang bahawa diorang dah FRIENDZONE aku. LOL! Itu bukan maksud aku cibai...
Aku reccomend cerita ini sebab, perghh plot cerita dia interesting gile kot, kena pulak topik best, and pelakon2 yg lawa pulak hahahaha...
Cerita ini mengisahkan tentang Wallace (Daniel Radcliffe) yg telah mengalami masalah dalam percintaan setelah beberapa kali menjalinkan hubungan dengan wanita. Suatu hari, dia bertemu Chantry (Zoe Kazan) yg sudah berhubungan lama dengan Ben (Rafe Spall).
Pertemuan demi pertemuan selepas itu menjadikan mereka lebih rapat. Konflik timbul apabila Chantry berkeras untuk mempertahankan hubungan dia dengan Ben. (That's all, nak tau lebih2 kena tengok sendiri)
Screen capture je mampu bro, salah satu scene dlm WHAT IF
Tapi obviously yang paling aku suka dalam movie ini adalah macam mana Zoe ni bawak watak Chantry yg taknak curang dengan boyfriend yg duk jauh nun Berlin sane tu...
"I thought you said you were my bestfriend? So you silently hoping that my relationship with Ben will end?!?!" -Zoe
Aku minat gila kat dia ni sampai bila part muka dia je, aku screenshot. Here's some...
SEE, LAWA KAN? Sorry aa pasal iklan tu, biasalah apps free
Sweet till the reality beb :D
So, macam mana? Teruja nak tengok?
Kalau ikut aku tengok haritu pakai ShowBox, a good movie app for smartphone tapi perlu internet yg stabil gile ah...
Or korang boleh tengok online kat : BIOSKOPS.COM
Lastly,
NGEH NGEH NGEH
Jumpa lagi dalam post akan datang wahai readers sekalian...
#luckygile sape dah tengok citer ni :D





























