Sunday, 12 July 2015

Kecewa DUDE :(

ASSALAMUALAIKUM...

Pernah tak korang baca atau terbaca petikan hadis kat bawah ni...



 "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan       bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana mereka tidak bersatu-padu. Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).



Perhatikan permintaan Rasullulah yg ketiga...

Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana         mereka tidak bersatu-padu. Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Ini bermakna Allah telah memberi kita hint sejak dari zaman Rasullulah SAW lagi bahawa umat Islam akan ditimpa ujian (jika tidak dibinasakan) dengan masalah perpaduan yg melanda mereka.

Mengapakah aku tertarik untuk membincangkan isu ini? 

Kisahnya begini, tadi aku solat terawih seperti biasa di masjid. Ketika solat, seperti biasa kakiku merapatkan saf dgn kaki orang dikiri dan kanan. Sebelah kanan aku seorang pakcik manakala sebelah kiriku seorang budak (dlm hati, bagus kecik2 pergi solat terawih)

Masalahnya, setiap kali aku cuba merapatkan saf, pakcik kat sebelah makin lari pulak kaki dia. Adalaa dekat 4 5 kali jugak aku rapatkan balik tapi dia tetap menjauh sampailaa imam rukuk. 

Budak tadi? Budak tadi lagi cipans. Bila aku cuba rapatkan saf, dia lagi menjauh, dan menjauh, dan menjauh. Last sekali bila dia fed up, dia pandang aku. Then menjauh balik.

Tak cukup lagi tu, ada dua orang pakcik yg solat kat depan aku. Diorang punya jarak sebelah2 boleh muat sorang lagi orang dewasa kot. Bukan pakcik berdua tu je, hampir semua pakcik kat saf depan aku jarak dia macam tu. Yang bengangnya solat terawih 8 rakaat tu takde inisiatif nak rapatkan saf ek camne doh?



Gambar sekadar hiasan (actually sebijik macam ni)


Masa tu aku memang macam, what the hell is wrong with all this people lel? 0_o

Aku bukan apa, cuma ada tuntutan kot dari hadis nabi suruh rapatkan saf waktu solat...

And hadis yg ada kaitan dengan permintaan nabi yg tidak dimakbulkan Allah ialah...

"Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi ALLAH (kamu diperintah agar) merapatkan dan meluruskan saf-saf kamu, atau ALLAH akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud)


Fokus pada rangkap akhir hadis tersebut...


"......atau ALLAH akan mencerai-beraikan hati kamu."

Maksud Allah disini adalah dia akan menjadikan umat Islam tidak bersatu-padu kalau mereka tidak merapatkan saf ketika solat.


Situasi yg aku alami tadi berlaku hampir setiap kali solat berjemaah and aku sangat pasti bukan aku sorang je pernah lalui situasi macam tu.


Point yg aku cuba sampaikan kat sini ADALAH kita tak perlu nak lihat isu-isu besarlah tentang masalah perpaduan umat Islam kini contohnya perang politik and isu Palestin.


Tengok waktu kita nak solat je pun, dah tak boleh nak ikut sunnah Nabi. Macam mana kita nak cakap, bincang, sembang, borak pasal isu umat Islam sedangkan kau sendiri ada masalah nak LURUSKAN SAF dalam solat. Seriously?


ngeh ngeh ngeh

Kalau korang pernah mengalami situasi macam ni, tapi sebagai orang yg menjauhkan diri tu, maknanya koranglah yg dimaksudkan ALLAH orang yg mencerai-beraikan agama Islam.

Terasa? Dah insaf? Rasa nak berubah? Antara apa yg korang boleh buat adalah...



  • Masa korang solat, saf korang kena exactly macam gambar yg "benar" kat atas tu.

  • Anak-anak, cucu-cucu, saudara sepupu sepapat bagai semua (yg penting KELUARGA yg masih kecik harus diajar cara merapatkan saf (melentur buluh biarlah dari rebungnya)

  • Berusaha menambahkan ilmu tentang solat dari masa ke masa agar solat kita menjadi lebih sempurna dan diterima Allah.

Marilah kita bersama2 menjadi seorang MUSLIM/MUSLIMAH yg lebih baik :D

Till the next post 


#luckygile aa siapa yg jumpa blog ni 

















































No comments:

Post a Comment