Monday, 28 December 2015

Review Novel : FIXI Laknat

Assalamualaikum dan hai Pembaca Blog DSD sekalian :) O (:

Dalam post yang ke-9 ni saya nak buat REVIEW sikit pasal novel FIXI yang bagi saya agak rare, interesting dan lain dari yang lain

Kenapa tiba-tiba nak buat REVIEW NOVEL ni Ezul? Buat pengetahuan korang yang masih belum kenal aku, aku ni memang suka baca buku. Buku apa pun semua aku baca. Cuma masa sangat mencemburui kami - banyak masa aku dihabiskan dengan anything but books

Walaupun banyak pakar-pakar Bahasa Melayu dah nasihatkan jangan baca buku FIXI ni sebab boleh merosakkan fikiran sebab budaya hedonisme dan penggunaan BMS (bahasa melayu sampah) yang terlalu banyak dalam novel FIXI. Tapi macam aku cakap tadi aku baca semua buku. Kalau rasa diri tak boleh hadam cerita Fixi, JANGAN BACA!!!!

Okay tajuk novel review kali ini adalah buku keluaran FIXI : LAKNAT

Laknat ni buku pertama yang aku beli setelah aku baca buku ASRAMA, PATUNG, PAKAR, GANTUNG, NGERI dan MENTAL yang Wani and Cut kasi aku pinjam. Aku macam terpikat dah kat novel FIXI ini sehingga aku bercadang nak beli satu

Dan LAKNAT menjadi pilihan aku sebab berapa kali sangat kau boleh tengok perkataan laknat jadi tajuk buku kan???





Okay aku mulakan dengan sinopsis kat belakang buku ni eh...

Amar menjadi mangsa liwat abangnya sendiri Ikhwan, walaupun Ikhwan dibesarkan dengan didikan agama. Amar percaya tuhan itu ada, cuma memilih untuk bermusuh dengannya, sebab bagi Amar, tuhan tak pernah ada saat dia meronta.

Sifat bencikan tuhan bercambah bila dia melanjutkan pelajaran, lebih-lebih lagi sejak dia bertemu dengan Professor William Hawking. Atheism dibaja subur dengan sains, semahunya.

Ironinya Amar ditempatkan sebilik dengan Hakim, seorang yang berlatar belakangkan agama. Amar dan Hakim mempunyai dua persamaan, mereka berfikiran terbuka dan mempersoalkan isu ketuhanan. Walaupun begitu, Amar mempersoal tuhan untuk bermusuh denganNya, tetapi Hakim bersoal jawab untuk menambah keimanan kepadaNya.

Saat Amar sudah mula ingin berbaik dengan tuhan, konflik berlaku. Semua orang punya pahala, punya dosa, dan punya rahsia!

Bagi aku sinopsis dia memang mengancam. Membuak-buak rasa aku nak beli masa aku baca sinopsis dia

REVIEW AKU


Watak Amar diasah memang untuk bencikan tuhan sebenci-bencinya. Bayangkan selama bertahun-tahun dia diliwat abangnya, Ikhwan tidak pernah sekali pun tuhan membantu dia dari benda terkutuk itu. Amar berpindah ke universiti di bandar untuk mengelak dia diliwat lagi oleh abangnya

Di universiti, dia bertemu Hakim - pelajar lepasan pondok. Menjadi teman sebilik Amar, Hakim sedar Amar pernah melalui sesuatu peristiwa pahit. Peristiwa yang buatkan dia bencikan tuhan. Hakim berhasrat untuk mengubah Amar, tapi dengan cara lembut. Dia tak mahu dilabel ustaz halal haram (point ni banyak kali mention dalam novel ni

Suatu malam, sesuatu berlaku. Sesuatu yang menyebabkan Amar tidak percayakan sesiapa pun lagi

Professor William Hawking pula seorang yang sangat sekular terhadap tuhan (mungkin lebih tepat Islam) Hubungannnya dengan Amar hanya sekadar pelajar - pensyarah. Tapi idea-idea sains dalam percakapannya banyak membuat Amar yakin bahawa tuhan ini sebenarnya tidak wujud. Kalau wujud pun, sebagai musuh

Satu lagi watak yang penting yang tak disebut dalam sinopsis adalah ibu Amar dan Ikhwan, Puan Munirah. Puan Munirah digambarkan sebagai seorang wanita yang masih cantik walaupun sudah beranak dua. Apabila sinopsis mengungkapkan "semua orang punya pahala, punya dosa, dan punya rahsia" secara kesimpulannya menyebut tentang Puan Munirah. Kerana di akhir cerita anda akan sedar, dialah punca segalanya bermula

Novel ini juga disertakan dengan pelbagai jenis dalil-dalil dari Quran dan Hadis untuk membahas tentang kewujudan tuhan. Ini menunjukkan bahawa penulis - Fahmi Mustaffa telah melakukan kajian yang mendalam dalam penghasilan novel sulungnya ini

Hujah untuk mempertahankan dan menentang tuhan juga sama kuat. Anda perlu berfikiran lebih terbuka untuk menghadam hujah-hujah Atheism yang kadang-kadang boleh menguji akidah anda

Overall cerita ini sangat best bagi orang yang berminat tentang isu-isu ketuhanan. Ataupun korang dah bosan baca pasal hantu, penyiasatan, percintaan boleh try LAKNAT

RATING AKU : 7.9/10

Tapi apapun bergantung pada korang. Kalau korang ada pendapat lebih baik (atau teruk) boleh drop kat comment :)

Buku ini boleh didapati di KEDAI FIXI secara offline dan online pada harga RM19.90


AKU PUNYA


Jumpa lagi pada post yang akan datang eh :)

#luckygile aa siapa dah baca buku ni




















Monday, 7 December 2015

4 BENDA YANG AKU BUAT BILA CUTI

Hai, berjumpa lagi dengan korang dalam POST ke-8 ini. Setelah sebulan tak mengupdate blog ni malam ni tangan rasa gatal pulak nak menulis

Sebenarnya rasa nak menulis tu ada. Selalu ada. Tapi seperti kebanyakkan pelajar yg lain - MALAS. Kalau boleh rasa macam nak laptop tu terbukak sendiri and bukakkan web BLOG ni untuk kita. Senang kerja tinggal tulis je (haha pemalaskan??)

Untuk pengetahuan korang sekarang ni aku tengah menggangur. Sepatutnya aku dah lama dah fly pergi ASASI UIA (course computer engineering), tapi disebabkan aku delay SETAHUN kat Indonesia (course pondok tahfiz) jadi intake aku sama dengan batch budak SPM 2015. Sementara member2 aku semangat degree, aku baru melangkah ke ALAM ASASI.

SOB SOB....

Tapi takpelah aku dapat cuti lama wooo - dari bulan 11 ni sampai Jun 2016. Nak dekat 8 bulan cuti (mereputlah jugak aku). So kali ni aku nak share 4 benda yang aku buat waktu cuti. Tak kiralah macam mana busy pun haritu, mesti aku akan buat salah satu benda ni. ><><><><CHECK IT OUT><><><><

-------------------------------------------

1. BACA BUKU

Kalau korang nak tahu, aku ni UNIVERSAL READER. Kau bagi aku apa buku pun aku baca. As long masih dalam bahasa Melayu & English (kau bagi India aku nak faham ape cibai, kau pun tak faham). Minat membaca ni aku start sejak aku tuisyen UPSR dulu. In order to improve my English, my tuition teacher make me read a whole series of MR MIDNIGHT and HARRY POTTER (amacam? nice?) 

Buku2 yang aku baca berubah mengikut umur aku. Dari Mr Midnights aku berubah ke novel2 cinta waktu aku nak SPM. Alasan aku masa tu sebab aku nak faham pompuan. Sampai ada classmate aku jual selambak novel kat aku sebab dia tahu aku memang takkan tolak buku (sampai sekarang tak baca2 hahaha)

Tapi sekarang aku suka baca novel FIXI. Bila aku cakap suka means aku dah baca MENTAL, KACAU, GANTUNG, ASRAMA, PATUNG, PAKAR, NGERI, NOTA, GELAP dan masa aku sedang menulis ni aku otw nak khatam AWAN. More is coming soon :) :)



antara buku yang dah baca... KELABU & KACAU bukan aku punya

2. TENGOK MOVIE

Dulu aku tak minat sangat tengok movie ni. Sebab aku ni takut nak meneroka cerita baru melainkan cerita tu SEQUEL dari cerita yg aku pernah tengok (contoh MAZE RUNNER -> SCORCH TRIAL, KL GANGSTER 2 -> ABANG LONG F)
Takut satu hal, masalah paling besar adalah aku TAKTAU dari mana member2, kakak2, sepupu2 aku DOWNLOAD semua movie best2 ni. Bila aku tanya diorang kata torrentlah, pencurimovielah. Bila aku try tak pernah jadi.

Tapi satu hari adalah bro kat FB ni nama dia AFIQ AISAR dia share ilmu macam mana nak download movie guna SHOWBOX. (taktau showbox ke kau ni ezul? bapak noob). YEE, MASA TU AKU TAKTAU TAPI SEKARANG DAH PRO. Bila aku tau je pasal apps showbox ni boleh download macam2 movie terus aku teruja nak jadi macam peminat2 movie yang lain - kumpul banyak2 movie tapi tak tengok semua, hehe

Yang lagi mengundang minat nak tengok movie adalah bila aku BERJAYA pujuk mak aku supaya beli satu HARD DISK hahahahaha. Dia kata nak cari tempat besar untuk simpan gambar2 dia. Alahai gambar banyak2 makan space banyak mana je pun?? Takkan sampai 500GB kan?? Selebihnya storage tu MOVIE akulah. 

Lagi satu sebab mak aku dah upgrade wifi dalam rumah ni. Perghh laju dia, 30Mbps, taktaulah kalau korang punya lagi laju tapi aku punya ni kira superiorlah ni. Movie aku donwload 1JAM je dah siap. 

Maybe sebab sebelum ni aku pakai kelajuan 1Mbps je kot. HiHi



senarai movie yang entah tengok entah tidak

3. MENULIS

Tau tak perasaan bila kau nak sangat pandai suatu benda tapi kau tahu ko takkan pandai hahaha, itulah bakat menulis aku. Aku memang harap gile suatu hari aku dapat karang cerita yang dapat buat orang terpegun and rasa MINDFUCKED gile hahahaha

Masa aku kat Indon, aku dah rasa macam banyak sangat masa free sampai aku ada masa nak tulis manuskrip novel tau. Kalau korang perasan kat setiap BUKU FIXI ada pernyataan KALAU ANDA BERMINAT NAK TULIS NOVEL FIXI BLA BLA BLA.... Believe it or not - aku dulu beria kot tulis novel untuk tu. 


Tajuk novel tu "KUBUR". A mindfuck story I could say


Bila aku balik Malaysia, semua hasil kerja novel aku kelaut. Sepatah haram tak tulis. BUSY GILE. Nak update blog ni pun curi2 masa taw... 


4.MAIN DOTA


Aku cakap kat kau aku addicted benda ni sejak aku FORM 1 tau. Sepupu Ikhram yang ajar. Terus terang aku cakap aku bukan gamer tegar. Tapi kalau dengan game ni aku boleh tahan paling lama 6 JAM kot. Game lain aku tak main  (tak minat, tak best, tak reti semualah...)


Sejak aku duduk rumah, PC dah tak lag, WIFI jadi extra laju ni aku rasa tak pernahlah aku tak main game ni dalam masa 24JAM aku duduk rumah. Seriously dude, orang yang main dota je that feeling. Sedangkan orang yg takde dota pun boleh habis berjam2 kat CC, inikan aku - DOTA di hujung jari hahahaha

Psstt, cousin aku takyah makan sehari pun boleh survive kalau ada DOTA ni




it's dota 2 uoalls

-------------------------------------------


Itulah sedikit sebanyak apa yang aku boleh kongsi tentang rutin seharian aku kat rumah ni. Satu hari aku mesti buat paling kurang salah satu benda ni - DOTA WAJIB OFCOZ :P


Orait, itu je aku nak cerita kali ni.


Jangan lupa baca post2 yang lama2 kat bawah ni :)


#dota

#GGWP
#luckygile