Monday, 28 December 2015

Review Novel : FIXI Laknat

Assalamualaikum dan hai Pembaca Blog DSD sekalian :) O (:

Dalam post yang ke-9 ni saya nak buat REVIEW sikit pasal novel FIXI yang bagi saya agak rare, interesting dan lain dari yang lain

Kenapa tiba-tiba nak buat REVIEW NOVEL ni Ezul? Buat pengetahuan korang yang masih belum kenal aku, aku ni memang suka baca buku. Buku apa pun semua aku baca. Cuma masa sangat mencemburui kami - banyak masa aku dihabiskan dengan anything but books

Walaupun banyak pakar-pakar Bahasa Melayu dah nasihatkan jangan baca buku FIXI ni sebab boleh merosakkan fikiran sebab budaya hedonisme dan penggunaan BMS (bahasa melayu sampah) yang terlalu banyak dalam novel FIXI. Tapi macam aku cakap tadi aku baca semua buku. Kalau rasa diri tak boleh hadam cerita Fixi, JANGAN BACA!!!!

Okay tajuk novel review kali ini adalah buku keluaran FIXI : LAKNAT

Laknat ni buku pertama yang aku beli setelah aku baca buku ASRAMA, PATUNG, PAKAR, GANTUNG, NGERI dan MENTAL yang Wani and Cut kasi aku pinjam. Aku macam terpikat dah kat novel FIXI ini sehingga aku bercadang nak beli satu

Dan LAKNAT menjadi pilihan aku sebab berapa kali sangat kau boleh tengok perkataan laknat jadi tajuk buku kan???





Okay aku mulakan dengan sinopsis kat belakang buku ni eh...

Amar menjadi mangsa liwat abangnya sendiri Ikhwan, walaupun Ikhwan dibesarkan dengan didikan agama. Amar percaya tuhan itu ada, cuma memilih untuk bermusuh dengannya, sebab bagi Amar, tuhan tak pernah ada saat dia meronta.

Sifat bencikan tuhan bercambah bila dia melanjutkan pelajaran, lebih-lebih lagi sejak dia bertemu dengan Professor William Hawking. Atheism dibaja subur dengan sains, semahunya.

Ironinya Amar ditempatkan sebilik dengan Hakim, seorang yang berlatar belakangkan agama. Amar dan Hakim mempunyai dua persamaan, mereka berfikiran terbuka dan mempersoalkan isu ketuhanan. Walaupun begitu, Amar mempersoal tuhan untuk bermusuh denganNya, tetapi Hakim bersoal jawab untuk menambah keimanan kepadaNya.

Saat Amar sudah mula ingin berbaik dengan tuhan, konflik berlaku. Semua orang punya pahala, punya dosa, dan punya rahsia!

Bagi aku sinopsis dia memang mengancam. Membuak-buak rasa aku nak beli masa aku baca sinopsis dia

REVIEW AKU


Watak Amar diasah memang untuk bencikan tuhan sebenci-bencinya. Bayangkan selama bertahun-tahun dia diliwat abangnya, Ikhwan tidak pernah sekali pun tuhan membantu dia dari benda terkutuk itu. Amar berpindah ke universiti di bandar untuk mengelak dia diliwat lagi oleh abangnya

Di universiti, dia bertemu Hakim - pelajar lepasan pondok. Menjadi teman sebilik Amar, Hakim sedar Amar pernah melalui sesuatu peristiwa pahit. Peristiwa yang buatkan dia bencikan tuhan. Hakim berhasrat untuk mengubah Amar, tapi dengan cara lembut. Dia tak mahu dilabel ustaz halal haram (point ni banyak kali mention dalam novel ni

Suatu malam, sesuatu berlaku. Sesuatu yang menyebabkan Amar tidak percayakan sesiapa pun lagi

Professor William Hawking pula seorang yang sangat sekular terhadap tuhan (mungkin lebih tepat Islam) Hubungannnya dengan Amar hanya sekadar pelajar - pensyarah. Tapi idea-idea sains dalam percakapannya banyak membuat Amar yakin bahawa tuhan ini sebenarnya tidak wujud. Kalau wujud pun, sebagai musuh

Satu lagi watak yang penting yang tak disebut dalam sinopsis adalah ibu Amar dan Ikhwan, Puan Munirah. Puan Munirah digambarkan sebagai seorang wanita yang masih cantik walaupun sudah beranak dua. Apabila sinopsis mengungkapkan "semua orang punya pahala, punya dosa, dan punya rahsia" secara kesimpulannya menyebut tentang Puan Munirah. Kerana di akhir cerita anda akan sedar, dialah punca segalanya bermula

Novel ini juga disertakan dengan pelbagai jenis dalil-dalil dari Quran dan Hadis untuk membahas tentang kewujudan tuhan. Ini menunjukkan bahawa penulis - Fahmi Mustaffa telah melakukan kajian yang mendalam dalam penghasilan novel sulungnya ini

Hujah untuk mempertahankan dan menentang tuhan juga sama kuat. Anda perlu berfikiran lebih terbuka untuk menghadam hujah-hujah Atheism yang kadang-kadang boleh menguji akidah anda

Overall cerita ini sangat best bagi orang yang berminat tentang isu-isu ketuhanan. Ataupun korang dah bosan baca pasal hantu, penyiasatan, percintaan boleh try LAKNAT

RATING AKU : 7.9/10

Tapi apapun bergantung pada korang. Kalau korang ada pendapat lebih baik (atau teruk) boleh drop kat comment :)

Buku ini boleh didapati di KEDAI FIXI secara offline dan online pada harga RM19.90


AKU PUNYA


Jumpa lagi pada post yang akan datang eh :)

#luckygile aa siapa dah baca buku ni




















3 comments:

  1. Terima kasih. Saya di fb dan Twitter dengan nama Fahmi Mustaffa

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Saya di fb dan Twitter dengan nama Fahmi Mustaffa

    ReplyDelete
  3. Wow hahahaha, thanks Fahmi sebab sudi baca tulisan saya ni...

    Harap tak terasa Eh dgn review saya ni...

    ReplyDelete