Sunday, 24 April 2016

REVIEW : FIXI SAMAR



Assalamualaikum dan selamat pagi, petang, malam kepada semua pembaca blog DSD ni 😊

Gile lama beb aku tak menulis kat sini. Kat sini aku nak bagitau korang apa perkara paling susah nak buat bila blogging - KONSISTEN aka MALAS

Contoh korang memang plan nak post entri baru setiap minggu, hari rabu contohnya. Tiba2 hari rabu tak free, tangguh minggu depan. Bila sampai minggu depan, takde idea pulak nak menulis, tangguh lagi. Tau2 dah setahun korang tinggal blog korang, blogger pelanc tinggal blog setahun kan?

Anyways aku baru habis baca fixi SAMAR dan ILUSANITI. Stuggle gile nak mam beb aku nak habiskan dua2 buku ni. Ada je kerja lain yg boleh distractkan aku. Walaupun aku seorang peminat buku, tapi aku tak boleh doh nak habiskan setebal 500++ muka surat sehari suntuk - unless citer tu betul2 best atau aku sendiri memang tengah takde kerja. Waktu tu jugaklah aku terfikir nak tweet ni


tengok berapa ramai terasa? 2 je rt aku dapat

Okay, berikut adalah ulasan aku tentang SAMAR

SAMAR ini berkisarkan tentang keluarga Dato Sahar (tipikal orang kaya) yg setiap ahlinya mempunyai rahsia masing2. Cerita dimulai dengan Datin Saedah dan anaknya, Athirah menjadi tahanan rompakan rumah. Mereka akhirnya diselamatkan tetapi Datin Saedah hilang penglihatannya

Dato Sahar mempunyai dua orang lagi anak, Kamarul Hisyam dan Amin yg bekerja di syarikatnya, Sahar Holdings. Dato Sahar berhasrat mengahwinkan anak bongsunya, Athirah dengan Syed Ammar (anak rakan kongsinya) dan menyerahkan semua saham2 syarikat kepada Syed Ammar kelak. Ini menimbulkan rasa tak puas hati Kamarul Hisyam dan Amin

Konflik berlaku apabila pembantu Syed Ammar, Juan pula menaruh hati kepada Athirah. Dah tentu2 lah Dato Sahar tak setujukan? Juan pulak kesian kat Athirah sebab dia memang dah tahu Syed Ammar ni ada gelfren lain. Athirah pulak memang dah sangkut kat Juan. Jadi kedua2 dia fight kawkaw lah demi menjejak cinta sejati ni

Dalam novel ni korang akan kumpul persoalan demi persoalan macam

Kemana Suhairi dan Jalida menghilang?
Kenapa Dato Sahar nak kasi syarikat kat Syed Ammar, bukan kat anak dia yg dua2 orang tu
Kenapa Juan dan Athirah tak boleh berkahwin?
Kenapa Datin Saedah dilayan teruk selepas buta oleh suami dia sendiri?
Siapa Kelly? Azwa? atau Maria?

dan korang akan bawak semua persoalan ni hingga ke akhir cerita. Sebenarnya okay jalan cerita yg macam ni - dia buat kita tak sabar2 nak habiskan buku ni. Tapi aku warning korang awal2, ending cerita ni TERGANTUNG


TAHNIAH kat Dayang Noor sebab berjaya hasilkan novel CINTA CELUP (cerita cinta yg tak tipikal) camni. Aku kasi rate 6/10


Aku tak rasa aku jumpa buku ni kat mana2 MPH or READERS dah so aku rasa korang kena cari sendiri kat Kedai Fixi lah - macam biasa RM19.90

mine

Next time aku akan buat review ILUSANITI pulak, novel ni memang KAW KAW punya IMAGINASI ni

#luckygile siapa yg ada samar ni

Sunday, 3 April 2016

8 SEBAB ANDA PATUT ADA CAR RECORDER NI SEKARANG!!!

Assalamualaikum wahai pembaca2 blog DSD sekalian, lama bebenor dh cek tak menulis kat sini... Kalau tak silap dah hampir 2bulan... 

Apa? Sibuk? Mana ada sibuk, sekarang ini aku tengah dijangkiti penyakit berjangkit kronik tahap bionik - MALAS - 

Malas menulis, malas berkerja, malas nak bangun awal pagi semualah. Tapi aku terasa rajin pulak malam ni nak tulis post kali ini..

Baru tadi aku terbaca post Bro Phone pasal Car Recorder ni. Secara ringkasnya dorang tawarkan satu peluang meniaga car recorder ni tanpa rugi. Kau pakai modal kau dulu, beli barang, try jual, kalau tak dapat jual dalam masa 3 bulan - dijamin wang kau dikembalikan. See, part mane yg kau rugikan???

 THIS IS THE POST!!!


 CONTOH CAR RECORDER












Aku pun terfikir, agak2 kalau aku nak meniaga benda ni nanti, ape benefit aku nak citer pasal car recorder ni nak kasi orang excited beli. I've done my research and here's what I found with Google...

I present to you - 8 SEBAB ANDA PATUT ADA CAR RECORDER NI SEKARANG!!!


1. JADI BUKTI SIAPA YG BERSALAH. Sebagai contoh ada kereta depan kau tiba2 reverse mengejut pastu langgar kereta kau, dah tentu2 salah diakan? Tapi macam mana nak buktikannya kalau takde saksi. Kamera ni boleh jadi saksi beb, depan dia boleh tunjuk, depan polis boleh tunjuk, depan HAKIM PUN BOLEH TUNJUK BEB!!!

2. CLAIM INSURANS ANDA DGN LEBIH PANTAS. Bila anda dah ada bukti kukuh siapa yg bersalah - SENANG. Cuma tunjuk je kamera ni kat syarikat insurans anda, dorang dah tak boleh nak dalih2, memang sebetulnya anda layak terima insurans tersebut,kan?

3. TENANG WALAUPUN KERETA DITINGGALKAN. Kadang2 kita taktau dalam dunia ni ramai orang yg tak puas hati dengan kita. Kalau tak dapat pukul kita pukul kereta pun jadilah. Dan sangatlah melecehkan kalau kita tak tahu siapa punya kerjakan? Dengan Car Recorder Cam, risau tidak lagi. Rakam je muka orang tu kalau kenal terus bawak datang masjid bantai dia terus...

4. BANTERAS JENAYAH PECAH & SAMUN. Anda tak pernah kena samun? Tunggu, anda bakal. Kerana kejadian samun sekarang semakin menjadi2 macam pihak berkuasa tak buat kerja. Kalau kita kena samun tapi penjahat dapat lari kita report polis apa dia boleh buatkan? Alih2 kita yg rugi. Car Recorder ni dapat membantu anda rakam dengan jelas wajah penyamun tersebut. Ini secara tidak langsung telah membantu pihak polis...

5. MELAPORKAN PEMANDU TAK GILA. Pernah tak anda jumpa pemandu gila? Kejap lane kanan kejap lane tengah, signal tak bagi bila belok, lane kanan tapi slow gile nak mam? Kalau pernah, dengan Car Recorder ni korang boleh viralkan beb pemandu gile lagi bodoh tu. Biar dia sedar sikit kat dunia ni jalanraya tu bukan bapak dia yg buat...

6. MERAKAM RUSUHAN JALANRAYA. Kadang2 kalau nasib kita tak baik kita akan tersangkut kat tengah2 rusuhan jalanraya yg berlandaskan tujuan tah hape2. Lepas tu bila polis nak tahan taktau pihak mane terlibat - baju pink ke, baju merah ke, bila tanya semua taknak mengaku. Car Recorder ni boleh jadi bukti pihak mane yg terlibat rusuhan bagai ni semua...

7. MENGKOREKSI PEMANDUAN SENDIRI. Orang selalu tegur kita bawak laju sangat, perlahan sangat, ketepi sangat tapi kita tak percaya sampailah kita tengok sendiri. Car Recorder membolehkan anda menilai sendiri pemanduan anda dan repair apa yg patut. (bila orang tegur tu dengarlah bodoh)

8. MERAKAM DETIK INDAH PERJALANAN. Car Recorder ni sebenarnya bukan untuk tujuan insurans, kemalangan dan penyiasatan je. Ia juga boleh dijuga dijadikan bahan rakam untuk momen2 indah anda ke suatu perjalanan. Contoh pengalaman pertama bawak kereta ke Thailand - haa kan seronok tuew..

Okay guys, hope korang terbuka hati nak dapatkan satu Car Recorder pasni...
Pape boleh whatsapp aku 017 309 5070

#luckygile kalau aku ada car recorder tu sekarang