Sunday, 24 April 2016

REVIEW : FIXI SAMAR



Assalamualaikum dan selamat pagi, petang, malam kepada semua pembaca blog DSD ni 😊

Gile lama beb aku tak menulis kat sini. Kat sini aku nak bagitau korang apa perkara paling susah nak buat bila blogging - KONSISTEN aka MALAS

Contoh korang memang plan nak post entri baru setiap minggu, hari rabu contohnya. Tiba2 hari rabu tak free, tangguh minggu depan. Bila sampai minggu depan, takde idea pulak nak menulis, tangguh lagi. Tau2 dah setahun korang tinggal blog korang, blogger pelanc tinggal blog setahun kan?

Anyways aku baru habis baca fixi SAMAR dan ILUSANITI. Stuggle gile nak mam beb aku nak habiskan dua2 buku ni. Ada je kerja lain yg boleh distractkan aku. Walaupun aku seorang peminat buku, tapi aku tak boleh doh nak habiskan setebal 500++ muka surat sehari suntuk - unless citer tu betul2 best atau aku sendiri memang tengah takde kerja. Waktu tu jugaklah aku terfikir nak tweet ni


tengok berapa ramai terasa? 2 je rt aku dapat

Okay, berikut adalah ulasan aku tentang SAMAR

SAMAR ini berkisarkan tentang keluarga Dato Sahar (tipikal orang kaya) yg setiap ahlinya mempunyai rahsia masing2. Cerita dimulai dengan Datin Saedah dan anaknya, Athirah menjadi tahanan rompakan rumah. Mereka akhirnya diselamatkan tetapi Datin Saedah hilang penglihatannya

Dato Sahar mempunyai dua orang lagi anak, Kamarul Hisyam dan Amin yg bekerja di syarikatnya, Sahar Holdings. Dato Sahar berhasrat mengahwinkan anak bongsunya, Athirah dengan Syed Ammar (anak rakan kongsinya) dan menyerahkan semua saham2 syarikat kepada Syed Ammar kelak. Ini menimbulkan rasa tak puas hati Kamarul Hisyam dan Amin

Konflik berlaku apabila pembantu Syed Ammar, Juan pula menaruh hati kepada Athirah. Dah tentu2 lah Dato Sahar tak setujukan? Juan pulak kesian kat Athirah sebab dia memang dah tahu Syed Ammar ni ada gelfren lain. Athirah pulak memang dah sangkut kat Juan. Jadi kedua2 dia fight kawkaw lah demi menjejak cinta sejati ni

Dalam novel ni korang akan kumpul persoalan demi persoalan macam

Kemana Suhairi dan Jalida menghilang?
Kenapa Dato Sahar nak kasi syarikat kat Syed Ammar, bukan kat anak dia yg dua2 orang tu
Kenapa Juan dan Athirah tak boleh berkahwin?
Kenapa Datin Saedah dilayan teruk selepas buta oleh suami dia sendiri?
Siapa Kelly? Azwa? atau Maria?

dan korang akan bawak semua persoalan ni hingga ke akhir cerita. Sebenarnya okay jalan cerita yg macam ni - dia buat kita tak sabar2 nak habiskan buku ni. Tapi aku warning korang awal2, ending cerita ni TERGANTUNG


TAHNIAH kat Dayang Noor sebab berjaya hasilkan novel CINTA CELUP (cerita cinta yg tak tipikal) camni. Aku kasi rate 6/10


Aku tak rasa aku jumpa buku ni kat mana2 MPH or READERS dah so aku rasa korang kena cari sendiri kat Kedai Fixi lah - macam biasa RM19.90

mine

Next time aku akan buat review ILUSANITI pulak, novel ni memang KAW KAW punya IMAGINASI ni

#luckygile siapa yg ada samar ni

No comments:

Post a Comment