Ironikan? Banyak kali dah follow blog DSD tapi tak pernah jumpa penulisnya. Takpe, penulisnya pun (bukan tak mahu tapi malu) nak jumpa korang.
Tapi dalam alam sosial yg luas ni, sesiapa pun boleh menulis kot. Bayangkan korang baca tweet ilmiah dan politik tahap U punya, tapi disebalik komputer tersebut hanyalah seorang budak berumur 12tahun.
Begitu jugak komen lancang, padu, sembang kencang ribut taufan semua, padahal orang yg menulis tu dah nak pencen dah pun, orang macam ni kita panggil keyboard warrior.
Okaylah cukup muqaddimah tu, dalam post kali ini saya nak bercerita sikit tentang pengalaman saya tentang certain topik agama sekaligus membahas topik tersebut.
Apa? Tak faham? Maksudnya aku nak cerita pengalaman aku then suarakan aku punya pendapat dalam ni, haishh....
Cerita 1
Macam ni, suatu hari, aku dgn member aku dok borak dengan perempuan mana kitorang akan kawin (eh mestilah, kitorang pun ada impian nak kawin kot), then Ijat (first time dgr kan? Korang akan selalu dgr lepas ni, dia bestfren aku) bersuara...
"Nanti besar2 Ijat nak kawin dgn sepupu Izullaa, yg dok Johor tu"
nilaa yg duk Johor tu, aku lupa nama diaorang
"Eh biarlah, nanti balik kg boleh balik sama2"
"Dalam banyak2 orang, keluarga Izul jugak Ijat nak melekat, kawinlaa dgn sepupu Ijat, Piqa tu"
"Hahaha, dia dah adalaa, lagipun mana boleh kawin sepupu"
"Eh, yeke tak boleh?"
"Haah, nanti kalau dpt anak, takut anak tu cacat ke, pekak ke, sebab tu tak boleh kawin sepupu"
"Oh ye eh? Kalau macam tu kena cari orang jauh2laaa"
Then kitorang pun sambung borak benda lain. Malas nak argue lebih2, sebab tak penting. It's not like aku nak gi kawin ngan sepupu aku besar nanti
Sorry aa kalo conversation tu nampak formal, maybe nanti lain kali aku post sekali dgn voice kot hahahaha
The point is, bila aku dgr je bila kawin sepupu anak cacat semua tu, aku terus terfikir Saidina Ali bin Abi Talib yg kawin dgn Sayidatina Fatimah. Sayidina Ali kan sepupu Rasullulah SAW, Sayidatina Fatimah pulak anak Nabi. Tak ke macam kawin sedara mara tu?
Bila kita taktau something, kita senyap. Or pi buat research. So aku buatlaa research...
After a moment of survey trip in the internet, aku jumpa apa yg aku nak...
Dia sejenis artikel gak. Panjang. So aku akan explain dgn cemuring kat sini (cepat, mudah,ringkas)
Ulama2 mempunyai pendapat yg berbeza2 dalam soal kawin sepupu ini. Ada yg mengatakan makruh, ada yg sunat. Tapi pendapat yg paling kuat adalah HARUS.
Ini adalah berdasarkan ayat 3 Surah An-Nisa,“…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”
Rasullulah SAW sendiri berkahwin dgn sepupu baginda iaitu Zainab.
Kesimpulannya, pendapat yg mengatakan bahawa kalau kawin sepupu anak cacat buta pekak semua tu TAK BETUL. Jadi perkahwinan antara sepupu adalah MUTLAK dan TAK SALAH malah DIBOLEHKAN disisi agama.
Tapi still kalau nak kawin gak, boleh baca artikel ni dulu : http://goo.gl/zV8YR3
P/S : Carilaa orang lain, banyak lagi awek lain sepupu sendiri jugak ko sangkut
Cerita 2
Okay, cerita kahwin sepupu dah settle. Ini masuk ke kisah SAHUR pulak.
Haritu hari Khamis, jadi kami sebagai seorang pelajar tahfiz perlu puasa, katanya...
Saya dan Ijat dgn semangatnya bangun sahur buat Maggi, air panas pe semua. Sini nak bagitau satt, even korang puasa ke tak puasa, makan pagi2 lepas bangun tido, sebelum gosok gigi tu memang layan.
Lagi2 korang takyah masak, lauk dah siap hidang. PERGHHH!!!
Bezanya kitorang kena masak sendiri, sob sob
Sampai tengahari tu, tiba2 Ijat mengadu...
"Aduh, tak tahan ni, kena bukak puasalaa, lapar sangat ni..."
"Ah sudah, Ijat selalu macam tu, sakit perutlaa, apelaa..."
"Betul Zul memang lapar sngt dah ni. Duh, ni rasa sebab sahur pagi tadilaa"
"Aik? Asal dgn sahur pagi tadi?"
"Tak, Ijat kalau puasa sahur, lagi cepat lapar. Baik puasa takyah sahur"
Pulak dah, getus hati aku
Sekali lagi aku senyap, malas nak berdebat benda yg taktau
Dan selepas aku buat research, baru aku tau kalau sahur buat kita cepat lapar tu RIDICULOUS GILER!!!!
Firstly sebab hadis ni,
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Then, cuba bayangkan kenapa Nabi beriya-iya suruh kita bersahur kalau itu akan membuatkan kita lebih lapar? Kan? Kan? Den dah kabo dah ridiculous....
Sahur ni akan membuatkan kita bangun lebih awal, yg biasa bangun lepas subuh akan bangun sebelum tu.
Kita juga akan lebih bersemangat utk menunaikan solat, lagi2 bila dah dapat "sarapan pagi" awal sikit.
Kesimpulannya, bila puasa sahur. Bila sahur, makan alakadar. Bila alakadar, baru selesa perut nak tahan 14 jam air makanan tak masuk.
P/S : Kalau dah makan sedap pagi tu, rajin2kanlah solat subuh di masjid eh. Hiks.
Itu adalah 2 cerita antara puluh2 experience yg aku pernah alami.
Kalau korang pernah alami situasi macam ni, atau yg sewaktu dengannya - jgn segan2 share kat ruang komen eh?
Setakat ni jelah dulu #luckygile readers sekalian...
Assalamualaikum :D


No comments:
Post a Comment