FYI aku sebenarnya sedang merantau jauh ke negeri asal Parameswara (Indon) untuk menuntut ilmu Al-Quran selama setahun (lagi 3 BULAN JE WOII).
Jadi kalau yang dah perasan aku dah lama tak update blog ni, tu bukan maksudnya aku sangat2 sibuk or something, tetapi kerana tempat aku belajar ini TAKDE LINE atau aku TAK DAPAT SENTUH KOMPUTER LANGSUNG (sob sob).
Baiklah, dalam post yang ke-5 ini aku akan memberi tips2 tentang macam mana nak kasi fon korang lebih long-lasting...
Tak faham?
NOOB!!!
Meh aku explain...
Smartphone yang sekarang korang tengah pakai ini sebenarnya tak dicipta untuk tahan macam kereta korang. Kereta kalau pakai 5-15 tahun pun masih OK (kalau dijaga dengan eloklah) tetapi jangka hayat untuk suatu fon adalah sekitar 1-4 TAHUN SAHAJA...
Jadi macam mana baik pun korang jaga fon tu, by the time nak masuk tahun ke-5 dia dah akan mula start buat hal...
Tak percaya? Rasa fon korang gempak sangat?
Cubalah pakai untuk 5 tahun, aku berani bet belum sempat fon tu nak buat hal korang dah tukar fon baru... ngeh3
Antara simptom2 fon korang dah makin kurang long-lasting is....
1. Selalu turn off sendiri masa tengah main fon
3. Bila cucuk dengan charger, tak dapat detect or tak boleh gerakkan kabel
4. Skrin dah tak sensitif macam masa mula2 beli
5. Gambar and video selalu hilang sendiri
6. Speaker pecah
7. Bila call orang, kau dengar, orang lain tak dengar, atau sebaliknya
8. Bateri cepat giler habis
9. Bila cucuk fon guna kabel kat pc, pc tak detect fon korang
10. Button on/off, volume or home button tak sensitif
Selalunya orang akan mula berfikir untuk beli fon baru bila lebih dari 2 simptom di atas berlaku, atau baiki sahaja fon tu kalo sayang sangat.
Jadi, untuk orang2 yg mungkin baru 1-2bulan dgn smartphone baru korang, juga untuk orang yg baru nak beli or baru nak sedar diri :), memang patut baca benda bawah ni...
TIPS2 AGAR SMARTPHONE ANDA LEBIH LONG-LASTING
1.Jangan main masa charge
Ini adalah peraturan yg nampak simple, tapi paling payah nak ikut. Pengecasan fon yg baik dan cepat adalah pengecasan yg tidak diganggu oleh aktiviti lain.
Tahukah anda apabila anda kerap bermain ketika charge, bateri fon anda lebih cepat kembung. Ini kerana bateri fon anda dipaksa melakukan dua kerja-mengecas dan berfungsi pada satu masa. Ini akan mengurangkan daya kerja bateri dlm jangka masa panjang.
#Kalau ye pun nak charge, chargelaa malam2, tak pun tunggu jelaa bateri tu full, duh...
2.Charge masa bateri 30%-40%
Ini adalah untuk menghalang bateri anda dari KERJA LEBIH MASA dari yg sepatutnya. Peratus bateri yg bawah dari 30% terpaksa bekerja lebih kuat walaupun tenaganya sudah semakin habis.
Kalau korang ada install Battery Saver ke, Battery Doctor ke, Witch Doctor ke, sila setkan REMINDER LOW BATTERY tu kat 30%. Bila tanda tu dah berbunyi, pergi charge teruslah, JANGAN ABAIKAN pulak...
3.Pakai Accecories Ori
Bila aku cakap accecories that's mean by CHARGER, EARPHONE, ADAPTER and everything else.
Pastikan charger yg korang pakai tu SEBOLEH-BOLEHNYA sama brand dgn fon korang. Kalau korang pakai charger brand lain maybe dia charging tapi tak sepantas charger ori, or maybe akan merosakkan komponen dlm fon sebab hardware setiap charger tak sama.
Sama jugak adapter, kalau korang tengok kat pasar malam tu jual adapter warna-warni RM5 tak payahlah beli. Balik rumah try okay, esok nak charge lagi dah rosak, mulalah menyesal. Belilah adapter ori, boleh pakai bertahun2.
Tak salah belanja mahal sikit, untuk "kesejahteraan" fon korang jugak.
fullset ori macam ni kan bagus
4.Jangan Selalu Pakai Accecories Yg Kuat Drain Battery
Sebenarnya accecories yg boleh connect dgn smartphone ni dicipta atas dasar SMARTPHONE 4 ANYTHING dalam misi menghubungkan semua gajet2 kat dunia ni dengan smartphone korang. Contoh smartwatch, bluetooth speaker, wireless charger.
Accecories2 ini disamping memudahkan korang tapi disebalik tabir drain battery korang gile2 kot. Accecories2 ni paling kurang kena bukak BLUETOOTH, tambah pulak korang dok main game or tengok movie >_<
Memanglah accecories2 ni semua untuk smartphone tapi kalau kau guna G.Young/Xperia E2 then kau nak connect dgn semua accecories ni, memang macam airlaa bateri korang habis.
5. Jangan Install Aplikasi Tak Perlu
Ramai pengguna smartphone ada habit download banyak apps yg mereka sendiri jarang guna, or tak perlu pun contoh launcher, apps lock, games
Memanglah kadang2 kita terasa nak pakai theme lain, tapi bila korang install 2-3 launcher then pakai 1 je, deletelah yg tak berkenan tu, tinggal lama2 bukan guna pun.
Games - menurut suatu kajian, orang yg mempunyai lebih dari 10 games dalam smartphonenya hanya bermain 4-5 games, selebihnya hanya dicuba sekali then dibiarkan. Haishh, nak main, main. Taknak main, uninstall.
APPS LOCK? Korang simpan blue ke nak lock lock ni? Hehe
6. Clear cache/junk files untuk apps yg besar2
Biasanya kalau korang install apps yg besar2, contoh Facebook or Asphalt Airborne, diorang akan datang sekali dgn cache yg besar, yg semestinya akan melambatkan fon korang. Itu baru 2 apps, kalau ade 10?
Cache ni biasanya masih ada walaupun korang dah uninstall app tersebut. Cache bertambah apabila ada sebarang update (tak pernah berkurang melainkan korang rajin clearkan)
So, untuk ringankan fon, korang boleh ikut langkah2 kat bawah ni
1. Pergi kat settings
2. Tekan Apps/Applications
3. Tekan kat Apps yg korang nak delete
4. Ada dua, Clear Cache dgn Clear Data
5. Pilih Clear Cache
6. Ulangi langkah 1-5 kat apps lain
Dah macam journal bio dah hahahaha....
7.Apa2 Kelebihan Fon, Jangan Guna Lebih2
Tajuk dia macam pelikkan? Apa yg aku maksudkan jgn guna lebih2 adalah jgn kau lenjan habis2 fon korang tu. HOT EXAMPLE : Waterproof
Bila henset korang waterproof, jgn korang gatal gi celup air setiap kali korang jumpa air. Harini air kosong, esok air kolam, lusa maybe air laut pulak.
Bukannya tak pernah ada laporan kamera berwap or fon tak berfungsi sepenuhnya lepas bawak keluar dari air (yes, i'm talking about Xperia Z Series)
Kalau sekali-sekala nak tangkap gambar dalam air tu okay laa kot
Dia macam ko beli tempered glass, then kau tak kisah jatuhkan fon kau, kadang2 macam tak sabar pun nak jatuhkan, hanya sebab skrin tu ada tempered glass?
Mestilah korang jaga elok2kan walaupun korang ada sp glass. :D
8. Elakkan Fon Korang Dari Mengalami Sebarang Hentakan
Sebab apa? Bila fon korang terima hentakan, automatik komponen dalam tu dah tak stabil. Maybe masa korang check takde ape, tapi untuk kesan jangka panjang - siapa tahu?
Fon zaman sekarang bukan macam yg dulu, set2 kebal macam Nokia 3310. Jatuh sikit dah rosak, tak rosak luar rosak dalam. Lagi2 fon yg mudah slip dari poket macam Oppo R5 & Galaxy S6
The best thing you can do is pakai sp tempered glass laa, untuk jaga skrin ofcoz. Then, pakai casing2 tutup semua macam Mercury Sonata. Nak stylo sikit pakai casing lasak macam UAG (Urban Armor Gear)
#budak2 sekarang pakai henset mahal2 taknak pakai casing (saja nak menunjuk), bila jatuh nyesal.
9. Jangan Root
Kadang2 bila korang tengok fon kawan korang ada game yg kena bayar, or launcher yg takde kat Store, font lain2, and bila korang tanya dia jawab
"Root jelaa, senang je dapat semua ni"
JANGAN!!! Bila korang root fon, effect dia lebih dari sekadar void warranty.
Antaranya, virus lagi senang serang software fon korang, ini jadi bila korang bawak masuk unknown apps, siapa create apps tu? apa ada dalam apps tu? Korang bukan hacker or phone technician kan? So korang tak tahu. Ini juga melemahkan software fon korang.
Boleh root, only when you KNOW and UNDERSTAND the CONSEQUENCES.
10. Jangan Tengok BLUE
Point terakhir ni mungkin spiritual sikit, tapi still - buat benda tak baik, semua benda mesti jadi tak baik, kan?
Berapa kali dah korang dgr ayat macam ni
"Jangan tengok blue weh, lag fon ko nanti"
OR
"Aku rasa fon aku rosak sebab banyak tengok bluelaa"
Sedangkan aktiviti otak yg pantas pun boleh menurun lepas tengok blue, inikan fon korang yg lembab tu.
Itu adalah antara tips2 yg aku boleh kongsikan kat korang tentang camne nak kasi fon korang tahan lebih lama. Sesetengah aku dapat dari kawan, sesetengah aku dah rasa sendiri.
Aku rasa sampai sini jelaa kot post kali ni. Jumpa lagi dalam post yg lain eh readers2 yg #luckygile
P/S : Tips2 di atas boleh diguna pakai untuk semua jenis smartphone - mahal atau murah, Android, Apple or Windows
:D


No comments:
Post a Comment