Siapa kat sini pernah shopping online??? Kalau korang shopping online, ada dua jenis barang yang terjual untuk korang beli iaitu READY STOCK dan PRE-ORDER.
READY STOCK bermaksud barang yang tersedia dan siap dihantar bila-bila masa kepada pembeli manakala PRE-ORDER adalah barang yang perlu dipesan dulu dari pembekal setelah menerima wang dari pembeli. Kebiasaannya PRE-ORDER mengambil masa lebih lama dari READY STOCK...
Okay semua dah fahamkan maksud READY STOCK dan PRE-ORDER... goodddd
Aku bukan apa, seminggu lepas aku ada beli satu IPhone 5 16GB (Refurbished Set punya) dari satu Instashop ni (@bffterritory) harga RM199 + RM30 postage tapi kena tunggu 8-12 minggu tak termasuk cuti umum. Kira beli bulan 1 maybe dapat akhir bulan 3...
perghh lama kot 12 minggu tu, tak takut kena tipu ke???
In sha Allah takdelah kena tipu tu sebab aku dah survey2 dah instashop ni. Cukup complete semua testimoni, barang, ssm semua ada. Cuma barang tu lama sikitlah nak dapat (biasalah barang murah)
Lepas je aku buat payment tu aku terus dimasukkan ke dalam satu GROUP WHATSAPP (see, dia jaga kot cust dia). Sekarang ni dah penuh kot group tu.
inilah groupnya tu. Namanya 2 YES UNDER MISSONENY
kenapa lambat sangat, tanya je <--- ciri2 orang terdesak nak pakai iphone
betul ke 1 februari baru dapat phone <--- ciri2 orang tak faham bahasa, ce baca elok2 2bulan sekurang2 nya, kau beli bulan 1 patut paling awal bulan 3 lah dapat bongoks
dan banyak lagi pertanyaan yang menyebabkan saya ingin menulis tentang 6 TIPS HENSEM MACAM MANA NAK BELI BARANG PRE-ORDER. Enjois
1. FIRST AND PERTAMA SEKALI CHECK PROFILE SELLER DAN KEDAI DIA. Tengok dia pakai muka sendiri ke tak. Pastikan anda kenal siapa owner instashop atau kedai online yang anda beli itu. Pandai2 lah survey untuk testimoni (ini time pm tulah semua mak nenek benda nak tanya). Kalau perlu mintak SSM dia sekali
2. CHECK BALIK BARANG TU ANDA PERLU KE TAK sebab kalau barang tu anda perlu sekarang tapi paling cepat boleh dapat 3 minggu lagi - kan dah tak kena tu. Oleh itu tak payah beli barang tu. Kang meroyan sorang2 depan rumah tunggu posmen datang tiap2 hari
3. EXPECT TARIKH PALING LEWAT means kalau seller kata pre-order period 8-12 minggu so EXPECT YANG 12 MINGGU TU. Bila dia bagi tarikh paling lewat sampai tu tandanya adalah barang yang pernah sampai lewat hingga ke tarikh tu. Don't put your hope too high, or even you can't achieve it anymore (ceee wah)
4. JANGAN MAKI SELLER BILA BARANG DELAY sebab seller hanya seller. Yang buat delay tu supplier dia... Takpun lori angkut barang tu. Walaupun aku tahu biasanya seller-seller pre-order ni semua tahan2 maki belaka :p. Tapi bila kau dah tahu yang kau tu tak reti sabar, janganlah gatai2 dok try beli barang pre-order ni
5. JANGAN CANANG KAT ORANG LAIN benda2 yang awak tu sendiri belum confirm dapat. Contoh barang mahal macam Iphone ni. Dok bagitau member2 FEBRUARI ni dapat fon baru. Sekali delay sampai bulan April. Segan kan segan kan?? Tulah siapa suruh kau kecoh2... Pastu mulalah maki2 seller kena delay tu delay ni (rujuk TIPS 4)
6. JANGAN ASYIK TERFIKIR2 macam takde kerja lain dah yang perlukan perhatian awak. Setakat sebiji barang kau order tu tak effectlah jantung ke buah pinggang ke. Bil air still kau kena bayar. Kerja sekolah still kena buat. Baby tu still kena jaga. Kalau dah teringat2 sangat tu berdoalah, "YA ALLAH, RABBI ASSIR WA LAA TU ASSIR" (Ya Allah, permudahkan jgn kau persusahkan)
Sekian sahaja dari saya and kita jumpa lagi dalam post yang akan datang
#luckygile aku kalau dapat iphone tu dalam bulan mac ni . AMINNNNN



Boleh bagi link tak org yg jual tu?
ReplyDeleteSy ade oder kat 1 seller yg kire terbaikla, name fb asmalina wallad, bleh try survey. Piece yo
ReplyDeletejust nak tanya lah. ko dapat tak iphone pre-order ko tu tory lah sikit condition ke apa psl iphone ko dpt tu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteawak dh dpt dh? saya yes batch 3 xdpt lg. jap awak batch berapa?
ReplyDeleteNak tanye kalau da bayar payment tu dye tros masok kan kite dlam group atau tnggu lagi 2 3 hari camtu ?
ReplyDelete8 bulan woi..habuk pon xde..order dgn nzgadget..ko review mcm good2 je..
ReplyDeletethanks bro.. nasihat yang sangat berguna :)
ReplyDeletebro. saya ade join pre-order and buat payment 30hb jun 2016. masalahnya, die takdepon masukkan sy dlm group whtsapp. and ni da 26/8/2016, die ckp brg delay ade kt supplier. haritu die kate mungkin dpt 20/8/2016. ni pon die kata delay lg. mcmne tu yer?
ReplyDeleteHarga mana lagi murah?
ReplyDeletePreoder & Readystock?
Preorder
Delete