Sunday, 10 January 2016

Review Novel : CERPEN TERBAIK 2014

Orait guys kita bertemu lagi dalam blog DSD dalam post yang ke-11 ni (walaupun aku tau korang semua tak peduli pun post ke berapa, k sedih...) 

Okay abaikan itu, dalam post kali ini SEKALI LAGI aku nak REVIEW satu lagi NOVEL iaitu CERPEN TERBAIK 2014 keluaran FIXI. Buku ni LIMITED EDITION tau sebab buku ni hanya dikeluarkan masa PUTRAJAYA INTERNATIONAL BOOK FAIR 2015 haritu. Lepas je habis book fair tu FIXI tak keluar dah buku ni

Sebenarnya FIXI saja je buat camni so korang berpusu-pusu nak dapatkan buku ni. So kalau dia buat 3000 buku, confirm2 lah habis sebab lepas ni tak keluar dah buku ini. Walaupun buku tu tak best mana pun lepas baca. Contoh buku LIMITED EDITION BIG BAD WOLF 2015 tahun lepas : DUA II (tapi II ni best)



Asalnya aku tak rajin tau buat review ni memandangkan aku sangat busy (atau sengaja membusykan diri) TETAPI lepas je aku buat REVIEW LAKNAT haritu ada orang suruh aku PROMOTE BUKU dia lol... eleh bangga ler tu... Bangga?? Seriously tak lol, aku kena fikir ayat lagi macam mana aku nak promote buku ni, semua ni makan masa aku kot. Lagipun aku bukan buat FULL-TIME review2 ni. Aku buat bila ada FREE-TIME je

Okay berhenti merungut Zul, back to the topic... Jom kita review buku ni



CERPEN TERBAIK 2014 ni terdiri dari 18 cerpen terbaik daripada beratus-ratus novel, majalah dan petikan newspaper yang direccomend oleh pembaca2 atau mendapat high rating oleh pembaca ataupun mungkin cerpen yang diminati oleh penyunting sendiri...

Bila kita cakap pasal terbaik, bukan maksudnya ia menghiburkan, cerpen bodoh2 macam yang korang selalu baca tu... Bagi aku buku ni ada cerpen2 yang "susah", "payah nak faham", and "tak sesuai untuk budak2".(yes, budak2 macam anda). Yang paling penting korang kena set korang punya mind yang korang nak hadam lebih 10 cerita "pelik" dalam buku ni

Antara tajuk cerpen yang aku sendiri konfius bila baca ialah macam "DI DALAM MULUTNYA ADA KOTA" and "TIADA KOTA DI DASAR CAWAN"... Konfiuskan??? Yes, and cerita dia pun se"konfius" maknanya. Sampai aku pun pelik macam mana cerpen ini dorang boleh pilih jadi CERPEN TERBAIK???


petikan "DALAM MULUTNYA ADA KOTA"

Mungkinlah aku ni tak pro sangat dalam menilai novel tapi seriously, siapa suka baca bahan bacaan yang buat kau stress nak berfikirkan?

Tapi dalam banyak2 cerita pelik dalam ni, ada je yang jenis senang faham macam "BAKSO" dan "IMSONIA DI RUMAH TERBALIK" yanng aku rasa perghhh, terbaik siaa citer ni... Kat sini aku nak kasi sinopsis pendek "BAKSO"

Man, graduan yang baru pulang dari interviu sebuah syarikat berteduh di bawah sebuah kedai bakso kerana hujan. Setelah hujan berhenti, dia perasan kedai bakso tu makin lama makin ramai orang. Jadi dia menawarkan diri untuk membantu. Setelah senja, Pak Ibrahim, pemilik kedai bakso itu menawarkan Man untuk bermalam di situ. Perkara itu berlanjutan sehingga beberapa hari. Pada suatu malam, Man ternampak sesuatu... sesuatu yang menyebabkan bakso itu menjadi kegilaan ramai...

Nak tau lebih2 korang kena baca buku ni...

Overall buku ini okayu lah disebabkan ada kompilasi citer susah dan senang faham dalam ni... Rating aku kasi 6/10

Rating beli : HARUS BELI

Okaylah sampai sini je review aku kali ni... Kalau korang nak aku review apa-apa novel boleh tulis kat komen. In sha Allah dua tiga bulan pastu baru aku reviewlah eh... :P

#luckygile aku dapat baca buku ni free

NEXT POST PLEASE, ASYIK REVIU BUKU JE KAU NI ZUL :D

No comments:

Post a Comment