Wednesday, 6 July 2016

ASASI UIA PJ : THE LATEST 2016

Assalamualaikum and hye untuk semua pembaca ataupun pemterbaca blog DSD ni. Aku warning awal2 entri ini memang agak, agak dan agak panjang sebab aku memang bersemangat nak citer pengalaman aku yg satu ni.

Kalau korang jumpa entri ini, ini mesti bermaksud korang dah search keyword2 yg macam "asasi uia", "cfsiium pj", "best ke asasi ni", "computer engineering uia" and yg seangkatan dengannya lah. Maka bila korang search macam tu, secara automatiknya google akan membawa kepada ENTRI INI!!! 

Walaupun bukan berada yg paling kat atas sekali tapi aku berani jamin korang ini berkenaan ASASI UIA PJ yg paling terbaru/latest/updated punya setakat ini. Bukan nak kata reviu2 uia pj sebelum ni dah takleh pakai tapi well, kalau korang tengok mostly blog pasal asasi ini ditulis sekitar area 2010-2013. 2014 dah takde update dah pasal UIA PJ for that batch. So budak2 yg dapat asasi UIA (macam aku dulu) kena refer reviu lama yg bila aku dah masuk sendiri pada 2016 ni baru aku sedar - banyak gila kot yg dah berubah

So antara sebab utama korang kena baca entri ini is because I'm about to tell you the real real real one updated punya things pasal UIA ni. (and salah satu sebab lagi is because aku lelaki, blog tadi2 yg korang baca tu mostly pompuan yg tulis. Bila lagi ko nak baca lelaki tulis blog kan?) >_< 

Before that, aku akan perkenalkan diri aku dulu,

Nama aku Izzul Islam Abdul Latif (memang nama aku izzul, aku tak tipu & aku tak tiru nama artis tu). Umur 19 tahun, dapat offer untuk masuk UIA untuk tahun 2015-2016 tapi aku mintak tangguh sebab masa tu aku kat Indon so aku masuk sekali untuk in take 2016-2017 bersama dgn batch98s (ic aku 97). Asal Kelantan tapi 19 tahun dah hidup kat Selangor (hidup azmin). Mula2 masuk mohon Computer Engineering tapi bila dah kena brainwash masa ICT Briefing haritu baru rasa hati ni dekatkatkat je dengan ICT. so now aku student ICT

Aku tau korang dah baca banyak pasal UIA PJ ni kat blog2 lain, so aku akan briefing sikit je pasal UIA ni,



gambar standard front side UIA PJ


Korang dari luar boleh panggil Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya (UIA PJ) tapi bila kat dalam ni mungkin korang biasa akan dengar CFS IIUM or Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia. Awesomenya UIA ni bila korang masuk korang taktau korang ni asasi 1 tahun, 2 tahun or 1.5 tahun (ada beb 1.5 tahun, kau jgn ingat aku main2) sampailah korang amik EPT & APT. EPT is English Placement Test and APT is Arabic Placement Test. Pass this two exam dan kau pasti dapat yg setahun punya. FKT (Fundamental Knowledge Test) pulak tak menentukan tahun korang tapi menentukan sama ada korang masuk Tilawah Class or Study Circle (my advice, score good and get to study circle - please dont ask why)


UIA PJ ini bukan macam matriks or asasi2 lain dalam penggunaan bahasa. Kat sini cuma bahasa kau cakap ngan kawan2 je pakai melayu. Yang lain2 contoh sesi pembelajaran, surat menyurat, arahan dari speaker semua pakai bahasa inggeris. So you better get your ass real good in English atau kau akan totally loss apa yg dia akan ajar kat sini. No one is kind enough to explain to you all those words in these days

Itu sedikit sebanyak yg aku brief pasal UIA (ada je kat blog2 lain). Tapi yang kat bawah ni semuanya yg sejak aku masuk sini, lain gile, telah ditukar atau tak pernah di-explain pun dalam blog2 yg pernah aku baca sebelum ni.

1. TIADA LAGI ASASI 2 TAHUN. Biasanya kalau korang tak exempted dua2 subjek korang tak akan dapat asasi 1 tahun. Tapi untuk tahun ini dan hanya bermula tahun ini, korang hanya perlu dapat band 6, band 5 atau band 4 dalam EPT untuk melayakkan korang dapat asasi setahun. Kalau korang dapat band 3 kebawah secara automatik korang akan dapat 1.5 tahun. Tiada lagi 2 tahun
beb. Untunglah siapa batch 2016 and forward

2. TAK BOLEH PILIH JADUAL. Untuk pelajar batch2 yg lepas, diorang dibenarkan untuk pilih jadual dorang masing ikut kesesuaian dia. Kalaau kau rasa macam kau susah nak bangun pagi so kau boleh pindahkan semua kelas kau ke petang. Tapi NOW IS NO MORE. Whether kau dapat asasi 1 tahun or 1.5 tahun, kau still kena ikut jadual yang telah disediakan untuk pihak universiti. Jadual ini pulak kebiasaannya berubah2 hinggalah minggu ke 3 atau 4 korang start belajar.

3. UKC KINI UNTUK POMPUAN. UKC atau Umar Al-Khattab Collegue sebenarnya adalah kediaman pelajar lelaki tetapi telah ditukar dengan Fatimah Zahra Collegue(FZC). Mungkin korang tak perasan lagi before korang betul2 masuk tapi FZC ni betul2 sebelah pagar masuk U. So aku rasa diorang dah tukar sebab tak manislah kau masuk2 je U nampak asrama pompuan kan? Kang korang terpandang diorang duk buat benda lain kang....




This is Mahallah FZC guys. Kalau korang pandang straight dalam gambar ni, kat situlah pintu gerbang masuk tu. Sebelah FZC ni ada cfs green



OKAY setakat ni je benda yg aku nak update pasal cerita terbaru UIA Petaling Jaya ni. Untuk lebih info lanjut korang boleh jump in / lompat masuk ke blog lain pulak eh?

Luckygile siapa dapat masuk sini (sepp sikittttt)

*kalau nak tau lagi info uia pj boleh komen sikit kat bawah ni
*atau boleh direct je whatsapp 017 309 5070 (Ezul)









2 comments:

  1. susah ker nak apply asasi uia ni?

    ReplyDelete
  2. Mak aiii tahu2 je search pasal asasi uia. anyway, thanks for the updates. perasan jugak banyak belog pasal asasi uia tapi bukan yg latest punya

    ReplyDelete